Semalam aku diberi izin oleh Tuhan untuk berkongsi konsep takaful disebabkan persoalan-persoalan berbangkit.
Persoalan Pertama: Rugilah saya kalau saya tak guna limit 1.1 Juta setiap tahun.
Tak rugi. Bila kita tak guna limit 1.1 Juta setahun tu, maksudnya kita dalam keadaan kesihatan yang baik.
“Rugi ke kalau tak sakit?”
“Rugilah sebab saya dah bayar.”
“Maksud cik, rugilah sebab cik sihat? Macam tu?”
“Hm.”
Macam ni sebenarnya, takaful ni adalah perlindungan. Bila kita buat takaful ni, bukanlah kita nak berharap atau berdoa supaya kita berpenyakit. Tapi kita cuma bersedia, sekiranya apa-apa terjadi pada kita atau ahli keluarga, ada perlindungan.
Takaful yang saya cadangkan ni, fokusnya bukan pelaburan. Fokus yang pertama adalah untuk kesihatan, pampasan kematian, pampasan penyakit kritikal dan pampasan kemalangan.
Kalau tengok nilai akaun ni selepas beberapa tahun pun, memang rasa tak berbaloi. Sebab apa?
Sebab fungsi utama nilai akaun ni untuk menampung sebahagian daripada kos kenaikan sumbangan bulanan kita.
Oh macam tu. Tak rugi lah?
Tak rugi pun. Cik sihat kan, dapat pahala lagi!
Persoalan kedua: Beza insurans dan takaful.
Kontrak insurans adalah berteraskan jual-beli, manakala kontrak takaful pula adalah berteraskan kontrak wakalah untuk menderma.
Dalam insurans, kita memindahkan risiko daripada diri kita kepada syarikat insurans. Selain daripada unsur ketidaktentuan, judi dan riba akibat kontrak ini, kontrak ini juga menyebabkan berlakunya won-lose situation.
Samada syarikat insurans ‘menang’, atau pencarum yang ‘menang’.
Dalam takaful, kita berkongsi risiko antara penyumbang dan syarikat takaful cuma berfungsi sebagai pengendali sahaja. Takaful menggunakan kontrak derma utk mengelakkan unsur ketidaktentuan, judi & riba.
Jadi kita sentiasa menang disebabkan ‘saham’ kita menyumbang kpd org yg benar-benar memerlukan.
Kalau sebelum ni kurang faham perbezaan konsep takaful dan insurans, sekarang dah faham sikit kan? Bolehlah betulkan niat semula.
Niatkan buat takaful ni bukan semata-mata untuk perlindungan diri, tapi juga untuk membantu orang lain yang sedang dalam kesusahan.
Dari Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.” (HR. Bukhari&Muslim)
Persoalan ketiga: Pelaburan atau perlindungan? Mana yang utama?
Kalau hari ni, kita buat A$B-F 200K, dengan monthly 1009, dalam masa 3 tahun kita akan dapat anggaran dalam 45K.Tapi katalah selepas 3 tahun tu, orang yang buat A$B-F ni kena kanser. Kos rawatan katalah dalam 60K. Agak2 dia akan gunakan tak duit tadi?
Ya, mesti dia akan guna.
Lagi 15K?
Mungkin dia pinjam orang. Mungkin dia buat personal loan. Mungkin dia minta derma.Tapi, kalau dia asingkan tak sampai 200 pun setiap bulan selama 3 tahun tu untuk takaful. Medical card tu akan cover kos rawatan dia siap dapat pampasan lagi.
Jadi mana yang lebih penting?
Betul. Dua-dua pun penting sebenarnya.
Cuma kita kena bahagikan portion duit tu mengikut matlamat kewangan dan situasi kewangan kita.
Semoga bermanfaat!