Mengapa orang muda berbelanja tak ingat dunia?
Sebenarnya isu ni bukan dekat Malaysia je, tapi isu ni melanda seluruh dunia. Dekat Korea, fenomena ni dikenali sebagai Shibal Biyong.
Shibal biyong ni kalau kita terjemahkan dalam bahaya melayu yang lebih sopan bunyinya lebih kurang macam, ‘Mampuslah, belanja je!’
Konsep ni muncul disebabkan kekecewaan generasi muda terhadap keadaan ekonomi, pasaran hartanah dan peluang pekerjaan yang sangat menekan.
Disebabkan kekecewaan ini generasi muda jadi tak percaya dengan simpanan dan pelaburan jangka masa panjang.
“Buat apa nak simpan duit? Sama je!”
“Aku dah penat-penat kerja ni, beli je lah baju ni. Mahal sikit takpe.”
“Stress gila bos marah, jom pergi makan buffet kat hotel!”
Generasi kita lagi suka untuk menikmati instant gratification. Dan lebih malang kita ni sebenarnya terlebih menikmati sampai sanggup belanjakan wang yang banyak untuk perkara-perkara yang tak perlu.
Kita sanggup habiskan RM20 untuk secawan kopi, RM27 untuk sebatang aiskrim dan RM98 untuk satu hidangan makanan.
Benda ni sebenarnya kalau nak salahkan generasi muda sepenuhnya pun tak adil juga. Tapi sebagai orang muda, mahu tak mahu kita kena kawal diri kita dalam berbelanja.
Tak salah untuk kita menikmati hari ini, tapi jangan sampai meranapkan masa depan kita.
Haaa macam tu! – Lam