Siapa Elizabeth Waren?
Beliau merupakan Harvard bankruptcy expert, U.S. Senator & disenaraikan sebagai 100 orang paling berpengaruh di dunia oleh majalah @TIME.

Beliau sarankan pendapatan bulanan dibahagikan kepada tiga iaitu:
50% – Keperluan
30% – Kemahuan
20% – Simpanan & PelaburanContohnya, kalau gaji kau sebulan 2500, kau perlu bahagikan kepada tiga portion besar iaitu:
RM1250 – Keperluan
RM750 – Kemahuan
RM500 – Simpanan & Pelaburan
Ketiga-tiga bahagian ni tak perlu nak explain pun dah boleh faham sebenarnya sebab keperluan tu maksudnya benda yang engkau betul2 perlu, kemahuan tu tak mencapai tahap perlu tapi benda tu boleh buat kau gembira kalau kau dapat, simpanan & pelaburan tu simpan/kembangkan duit.
Macam aku, aku bahagikan dengan lebih detail untuk budgetting ni dan aku jadikan teori ni sebagai asas sahaja. Tapi aku tak ikut sangat peratusan dia sebab sesuaikan ikut situasi aku sekarang.

So bila aku kira balik ikut peratusan, yang aku bahagikan tu jadi macam ni lebih kurang:
Keperluan: 30%
Kemahuan: 10%
Simpanan & Pelaburan: 60%
Disebabkan sumber pendapatan aku kebanyakannya tidak tetap, jadi aku buat budgetting dulu untuk set target setiap bulan aku perlu dapat berapa untuk cukupkan kesemuanya.
Tapi ye lah, tak semua orang sama. Apa yang aku buat untuk aku, belum tentu sesuai untuk kau. Sebab keperluan kita tak sama banyak, kemahuan kita tak sama & target simpanan & pelaburan kita pun tak sama.
Dan benda ni pun perlu direview selalu. Aku plan untuk review benda ni setiap 4 bulan. Dah siapa yang belum buat boleh buat sekarang. Nanti dapat gaji dah boleh start ikut bajet yang kau siapkan ni.
Hehe! – Lam
Hello Amirul Aslam,
I’m from MyPF.my and we would like to invite you to our joint event with Affin Hwang for financial influencers.
Can I please have your email so that I can send you the invitation?
Thank you.
Warm Regards,
Vivien